Wednesday, 13 March 2013

Kelas-kelas Lesen Memandu Di Malaysia


Sebelum nak amik lesen memandu.... korang kena pastikan korang tahu aper kelas lesen yang nak diambil.....

Maksud 'kelas lesen' bukannya bermaksud kelas aper yang patut korang pergi tetapi jenis kenderaan aper yang korang nak bawak... atau dalam bahasa mudahnya "nak amik lesen aper"

Di Malaysia nie kita ader kelas lesen dari A sampai ke I.... Jangan korang nak amik kelas "M" sudah lahhhhhh...

Lesen yang glamor kat Malaysia nie ialah:

1. Kelas B2 untuk mereka yang bawak motor tak lebih dari 250cc

2. Kelas B untuk mereka yang bawak superbike atau motor besar     iaitu lebih 500cc

3. Kelas D untuk mereka yang bawak kereta

Dibawah nie disenaraikan kelas-kelas lesen di Malaysia secara detail : (mesti korang malas nak baca) 


  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
 (sumber dari WIKIPEDIA) ish ish ish..... copy paste jer... malas nak taip

No comments:

Post a Comment