Wednesday, 13 March 2013

Lesen L (kalu langsung takde lesen aper2)

Untuk mendapatkan lesen L bagi kelas lesen yang dikehendaki... korang perlu melalui beberapa langkah wajib....

Pertama:

Mesti daftar dengan tempat lesen memandu..
  • bawak kad pengenalan
  • gambar saiz lesen (kalu ader lagi bagus)
  • duit (hehehehe..... takkan air liur jer kot)
Tetapkan tarikh untuk pergi kursus pertama iaitu KPP (kurikulum pendidikan pemandu)

Sila mintak buku undang-undang untuk tatapan dan rebusan.... Buku yg diberi wajib khatam sampai habis kalu nak lulus laaa.... Kalu dapat cd kira bonus.... Bukan semua tempat ader... Dan kengkadang ada penceramah yang jual cd dalam kelas....(mcm orang jual ubat kat tepi jalan)

owhhh.... jangan lupa beritahu nak amik lesen kelas aper pulak... kalu tak mesti diorang anggap korang nak amik lesen kereta... (maklumlah... mahal sikit charge dari lesen motor)

Kedua :   

Hadir Kelas KPP
  • kelas nie 5 jam (jgn tido sudaaaa)
  • makanan biasanya tidak disediakan tapi ada kantin kat tempat kursus
  • TOLONGLAHHHHHH PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI DAN BERKASUT...
  • BAWA BERSAMA KAD PENGENALAN (JANGAN BAGI ALASAN MAK SIMPAN)
Lelaki: mesti pakai baju berkolar dan seluar panjang

Perempuan : asalkan baju yang tidak menjolok mata dan baju mesti sesuai dengan keadaan.... 

Balik dari kelas..... baca buku dan buat ulangkaji..... Dah confident????   

Ketiga:  

Ujian undang-undang berkomputer 

  • masa 45minit ---- tue tempoh ujian... jadi kalu ramai ader kat situ.... menunggu laaa jawabnya... biasanya akan ikut nombor giliran..so 1st come 1st serve
  •  Sila maklumkan kepada cikgu/tempat anda daftar lesen satu hari atau dua hari lebih awal untuk senang mereka buat tempahan ujian (kadang-kadang mungkin penuh)
  • Lulus ujian dengan sekurang-kurangnya 42/50... Kalu gagal kena amik lagi sampai lulus... Setiap kali ulangan akan dicaj..

Keempat :

Teori Motosikal / Kereta 
  • Kalau  anda amik 2 kelas lesen contohnya lesen L untuk B2 dan D, ada dua ceramah yang berlainan yang perlu anda duduki.
  • Untuk kereta (D), ceramah akan terbahagi kepada 2 bahagian.. 3 jam di dalam kelas dan 3jam di luar kelas... Kadangkala calon/pelajar perlu hadir 2 hari yang berbeza... Maksudnya bahagian di dalam kelas pada satu hari dan bahagian di luar kelas pada hari yang lain... Mungkin sebab kelas/kuota penuh...
  • Untuk motosikal..... perlu anda ketahui bahawa lesen L terbahagi kepada 2... B2 dan B full... Kalau anda bercadang amik lesen untuk pakai superbike atau motor besar.... PASTIKAN ANDA MENDAFTAR KELAS TEORI UNTUK B FULL....sebab kalu dah terkeluar lesen L untuk B2, anda perlu hadir kelas teori lagi sekali 

Kelima :

Lesen L dikeluarkan  
  • Selepas lesen L dikeluarkan...... paling awal anda boleh menempuhi ujian JPJ adalah sebulan selepas dari tempoh yang terdapat pada lesen L tersebut...... Dalam erti kata lain.... tak perlulahhh sibuk-sibuk lesen L keluar jer terus nak belajar pada keesokkan harinya.......
 

Kelas-kelas Lesen Memandu Di Malaysia


Sebelum nak amik lesen memandu.... korang kena pastikan korang tahu aper kelas lesen yang nak diambil.....

Maksud 'kelas lesen' bukannya bermaksud kelas aper yang patut korang pergi tetapi jenis kenderaan aper yang korang nak bawak... atau dalam bahasa mudahnya "nak amik lesen aper"

Di Malaysia nie kita ader kelas lesen dari A sampai ke I.... Jangan korang nak amik kelas "M" sudah lahhhhhh...

Lesen yang glamor kat Malaysia nie ialah:

1. Kelas B2 untuk mereka yang bawak motor tak lebih dari 250cc

2. Kelas B untuk mereka yang bawak superbike atau motor besar     iaitu lebih 500cc

3. Kelas D untuk mereka yang bawak kereta

Dibawah nie disenaraikan kelas-kelas lesen di Malaysia secara detail : (mesti korang malas nak baca) 


  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
 (sumber dari WIKIPEDIA) ish ish ish..... copy paste jer... malas nak taip

Lesen Ohhh Lesen

Lesen Belajar Memandu

Lesen Percubaan



















Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.........

Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi serba sedikit manfaat bagi mereka yang ingin mendapatkan lesen memandu

Pengalaman sebagai jurulatih memandu dan pengusaha bisnes untuk urusan lesen memandu membuatkan hati ini terasa nak menulis......

Mau taknya.... Bermacam ragam dan kerenah manusia yang boleh ditemui.... Ada hari yang terpaksa BERSARAPAN dan LUNCH dengan sumpah seranah customer.... dan tak dinafikan ader hari yang bersarapan dan lunch BERSAMA dengan customer... hehehehe

Maklumlahhhh..... yang amik lesen semuanya pandai-pandai belaka....  Dari sekecil-kecil jawatan sampailah ke sebesar-besar jawatan.... Dari jenis manusia yang rendah hati hinggalah ke jenis manusia yang sombong tapi bodoh...bongkak dan sebagainya...

Bukan nak menafikan hak "customer is always right" tapi kadangkala RESPECT student dan mak bapak student terhadap manusia yang memberi ilmu memandu dah macam tak wujud gamaknya pada zaman millineum nie.... 

Mungkin sebab korang bayar kot untuk lesen yang diambil.... Maka bolehlah anggap cikgu korang tue macam apek yang jual ikan kat pasar..... Silapppppp..... Cikgu tetap cikgu..... Perlu ingat... walaupun tak banyak ilmu yang dicurah... dia tetap manusia yang bagi ilmu pada korang dan wajib dihormati....

Mungkin jugak itu antara sebab BERLAMBAK kemalangan di atas jalanraya....